Posts

Showing posts from September, 2021

Zlata's Diary

Image
Minat aku untuk membaca buku ini timbul selepas aku membaca buku The Freedom Writers Diary yang ditulis oleh Erin Gruwell dan kumpulan Freedom Writers. Buku Zlata's Diary ini adalah merupakan himpunan diari yang ditulis oleh Zlata Filipovic semasa perang di Sarajevo. Buku ini adalah merupakan penceritaan pengalaman Zlata pada zaman kanak-kanaknya yang berada di persekitaran perang yang memuncak. Diari ini ditulis pada tahun 1991 hinggan tahun 1993. Zlata juga dikenali sebagai " The Anna Frank of Sarajevo dan jika Anna Frank memberi nama "Kitty" kepada diari beliau, Zlata pula menamakan ia dengan nama "Mimmy".  Diari Zlata adalah merupakan catatan peribadi beliau tentang pengalaman yang beliau alami sewaktu berada dalam situasi perang yang melanda Sarajevo satu ketika dulu. Sebuah perang yang menggemparkan dunia dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang agak tinggi. Sebuah perang yang meragut zaman kanak-kanak anak-anak Sarajevo pada ketika itu...

Salahuddin Al-Ayubi

Image
Sebuah buku yang menceritakan tentang salah seorang tokoh agung di dalam sejarah Islam semasa perang salib. Nama sebenar beliau ialah Yusuf ibn Ayub. Salahuddin (Salah Al-Din) adalah nama yang diberikan oleh pengikut beliau yang membawa maksud “Kebaikan Agama”. Salahuddin adalah merupakan tokoh pemimpin yang unggul dan dihormati oleh kawan dan lawan. Beliau merupakan pahlawan dunia Islam semasa zamannya. Buku ini adalah sebuah buku yang membincangkan dan memberi penerangan tentang riwayat hidup Salahuddin Al-Ayubi. Seperti yang sedia maklum, Salahuddin adalah merupakan pemimpin Dunia Islam yang telah merampas kembali Jerusalem dari tangan tentera Kristian semasa perang salib yang ke-2. Secara ringkasnya buku ini membincangkan tentang umat islam sebelum perang salib, semasa perang salib 1,2 & 3 dan peranan yang dimainkan oleh Salahuddin Al-Ayubi di dalam menyatukan tentera Islam untuk merampas kembali Jerusalem dari tangan tentera Kristian. Bahagian yang paling besar yang ingin disa...

Sang Penguasa

Image
Sang Penguasa @ The Prince boleh dikatakan sebuah buku tentang pemimpin dan kepimpinan. Ia juga boleh dikatakan sebuah buku tentang seni kepimpinan. Apa yang ingin disampaikan oleh Machiavelli dalam buku Sang Penguasa @ The Prince ini adalah tentang peranan pemimpin. Peranan pemimpin di dalam pembentukan sesebuah negara, peranan pemimpin di dalam memajukan atau menaikkan nama sesebuah negara dan peranan pemimpin di dalam kejatuhan sesebuah negara. Maksud The Prince, selain maksud Sang Penguasa boleh juga diertikan sebagai pemimpin. Apabila wujudnya sesebuah negara, tidak kira kecil atau besar, tidak kira apa fahaman yang diamalkan atau diterapkan, tonggak utama sesebuah negara itu adalah pemimpin. Pemimpin melalui kepimpinan yang ditunjukan dan proses perhubungan pemimpin dengan rakyat serta proses perhubungan pemimpin dengan bangsawan, akan menentukan jatuh atau bangun sesebuah negara atau kerajaaan. Dalam buku ini juga, Machiavelli menerangkan tatacara perhubungan pemimpin dengan...

Tao Te Ching

Image
Jika Sun Tzu menulis tentang tatacara perperangan, Machiavelli menulis tentang tatacara politik atau tatacara memimpin, buku Lao Tzu pula adalah tentang tatacara dalam kehidupan manusia. Buku ini boleh dikatakan sebagai sebuah tatatcara macam mana manusia membina kehidupan yang menyentuh tentang aspek kepercayaan kepada tuhan/sang pencipta, perhubungan manusia sesama manusia, pehubungan manusia dengan alam. Buku Tao Te Ching ini dilihat lebih menitikberatkan keseimbangan dalam kehidupan yang selaras dengan hukum alam. Gaya penyampaian Lao Tzu yang penuh dengan maksud tersirat membuatkan kita sebagai pembaca perlu mendalami maksud yang ingin disampaikan. Lao Tzu lebih banyak menggunakan gaya Bahasa berbentuk perumpamaan yang memerlukan pembaca membaca dengan teliti untuk memahami ungkapan yang ingin disampaikan. Lao Tzu banyak menggunakan perumpamaan yang berbentuk kritikan sosial dan kritikan masyarakat untuk menggambarkan seseuatu keadaan. Dalam buku ini, Lao Tzu memberi penekanan kep...

Ahli Politik

Image
Aku diperkenalkan kepada Novel ini melalui buku "Dia dan Nya" karya Sutung Umar RS. Di dalam Buku "Dia dan Nya", Sutung Umar RS ada membuat sedikit ulasan tentang Novel Ahli Politik ini. Sebuah sindiran terhadap sistem politik di Negara kita. Penulis memberi kritikan terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia dengan memberi gambaran sebagai "Estet Getah" yang diwarisi dari penjajah Inggeris. Penulis juga mengkritik sistem pemerintahan Negara yang masih mengamalkan dasar "pecah dan perintah" yang juga diwarisi dari pemerintahan penjajah Inggeris yang menyebabkan berlaku ketidakseimbangan antara kaum. Novel ini juga menyentuh tentang isu-isu Kapitalisme yang hanya memberi keuntungan kepada ahli politik dan pemain-pemain industri yang besar yang seterusnya memberi tekanan kepada rakyat. Seterusnya novel ini memberi sindiran kepada Ahli Politik yang lebih mementingkan diri sendiri serta kaum kerabat berbanding dengan kepentingan rakyat. Sec...

Surat Buat Pembaca

Buat Pembaca Budiman, Ketahuilah, buku mempunyai jiwa yang perlu dihayati. Ketahuilah, buku adalah rangkaian tulisan yang penuh makna. Ketahuilah, buku adalah sebuah coretan yang penuh inspirasi. Ketahuilah, sebuah buku mampu memberi seribu pedoman. Ketahuilah, buku merungkai rahsia manusia dan rahsia alam. Ketahuilah, buku adalah catatan-catatan yang menggamit kenangan. Ketahuilah, selagi dakwat masih melekat, selagi itu buku akan hidup. Dan kita sebagai pembaca akan terus menerokainya.

Yang Galau, Yang Meracau

Image
Sebuah buku yang membawa kita melihat ke dalam diri, membuka mata kita terhadap permasalahan kita, permasalahan manusia dan permasalahan sikap kita sebagai manusia. Sebuah buku yang menarik untuk dibaca walaupun ia sebuah buku yang agak ringkas, tetapi ia mempunyai maksud yang mendalam yang membuatkan kita sebagai pembaca membuka minda kepada tema-tema masalah sikap manusia, cinta dan ketuhanan. Bak kata penulis "Buku ini dipersembahkan untuk teman-teman yang galau dan ingin berbicara pada diri". Buku ini diselitkan dengan lirik-lirik lagu yang dijelaskan maksudnya oleh penulis.

Tunggu Teduh Dulu

Image
Tunggu Teduh Dulu, judul ini mempunyai maksudnya tersendiri. Bergantung kepada pembaca untuk menterjemahkannya. Pada awal-awal pembacaan, novel ini dianggap sebagai cerita cinta tiga segi. Tetapi apabila terus mendalami pembacaan, ia lebih daripada itu. Novel adalah novel tentang kegigihan dan kecekalan, tentang kepimpinan, tentang konflik diri, keluarga dan cinta yang sarat dengan pengajaran. Novel ini ingin menerapkan prinsip sabar dalam menjalani cabaran hidup, prinsip tidak berputus asa di dalam melakukan perkerjaan dan prinsip berserah kepada Yang Esa selepas segala usaha dilakukan dalam kehidupan. Novel ini juga dilihat mengangkat martabat dan peranan yang dimainkan oleh wanita dalam membangunkan sesuatu pekerjaan. Novel ini secara ringkasnya adalah berkisahkan kepada industri pertanian betik yang menceritakan keteguhan diri seorang wanita dalam menguruskan ladang betik. Novel ini memaparkan dilema, konflik dan tregedi yang dihadapi oleh wanita yang menjadi watak utama dalam nove...