Tunggu Teduh Dulu


Tunggu Teduh Dulu, judul ini mempunyai maksudnya tersendiri. Bergantung kepada pembaca untuk menterjemahkannya. Pada awal-awal pembacaan, novel ini dianggap sebagai cerita cinta tiga segi. Tetapi apabila terus mendalami pembacaan, ia lebih daripada itu.

Novel adalah novel tentang kegigihan dan kecekalan, tentang kepimpinan, tentang konflik diri, keluarga dan cinta yang sarat dengan pengajaran. Novel ini ingin menerapkan prinsip sabar dalam menjalani cabaran hidup, prinsip tidak berputus asa di dalam melakukan perkerjaan dan prinsip berserah kepada Yang Esa selepas segala usaha dilakukan dalam kehidupan. Novel ini juga dilihat mengangkat martabat dan peranan yang dimainkan oleh wanita dalam membangunkan sesuatu pekerjaan.
Novel ini secara ringkasnya adalah berkisahkan kepada industri pertanian betik yang menceritakan keteguhan diri seorang wanita dalam menguruskan ladang betik. Novel ini memaparkan dilema, konflik dan tregedi yang dihadapi oleh wanita yang menjadi watak utama dalam novel ini. Dari segi plot untuk novel ini mudah difahami dan perwatakan setiap watak digambarkan dengan baik oleh penulis. Walaupun ada plot yang dirasakan tergantung, tetapi ia tidak mempengaruhi penceritaan dan jalan cerita.
Novel ini juga memberi maklumat kepada kita tentang jenis-jenis betik,khasiat betik, jenis tanah yang sesuai untuk penanaman betik serta penyakit yang dihadapi oleh pokok betik.

Comments

Popular posts from this blog

Tiga Cerita Falsafah

Ahli Politik

Tao Te Ching