Posts

Showing posts from August, 2021

Mawaddah Ilmi Ingin Pulang

Image
Mawaddah Ilmi Ingin Pulang oleh Auni Zainal. Novel ini dapat memberi pemahaman kepada pembaca tentang kesan-kesan trauma yang memerlukan masa yang panjang untuk dipulihkan dengan bantuan orang yang sepatutnya. Novel ini diselitkan dengan unsur-unsur "Unfinished Bussiness" ataupun urusan yang belum selesai yang berlaku kepada watak utama. Sebuah novel yang berkisarkan perjalanan hidup dan konflik di dalam diri yang berpunca dari tragedi masa lalu yang kesannya sungguh mendalam dan kesan itu membawa ke masa kini. Kesan itu boleh membawa seseorang itu hilang keyakinan diri untuk membina hubungan dengan orang lain. Ini menjadikan seseorang itu hidup dalam dunianya sendiri. Untuk kembali menjadi kuat dan memerima realiti kehidupan, seseorang itu perlu diteroka ke akar atau dasar yang menjadi punca kepada keadaan tersebut serta sokongan dari orang-orang terdekat.

Politik Kandang

Image
Politik Kandang oleh George Orwell, terjemahan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, terbitan ITBM. Sebuah novel sindiran politik yang menggunakan haiwan sebagai perlambangan masyarakat dan ladang bagi menggambarkan negara. Novel yang memberi kritikan terhadap sistem pemerintahan, pemimpin dan golongan elit atau bangsawan yang sentiasa merasa mereka adalah betul dan sentiasa mengerah tenaga golongan bawahan untuk kepentingan mereka. Novel yang padat dengan sindiran dan kritikan terhadap pemerintah yang menyekat kebebasan bersuara dan memberi pendapat rakyat, menyekat perkembangan intelektual rakyat, mengamalkan pemerintah secara diktator dan amalan diskriminasi antara kelas dimana golongan elit dan bangsawan dijaga dan diberi segala kelebihan.

Tiga Cerita Falsafah

Image
Tiga Cerita Falsafah: Zadig, Micromegas, Candide oleh Voltaire. Sebuah buku terjemahan dari IBDE yang diterjemahkan oleh Fatin Awanis Ahmad Tajuddin Sobri. Sebuah buku yang memaparkan tiga kisah, tiga situasi dan tiga watak. Kisah-kisah yang dipaparkan penuh dengan pengajaran dan mempunyai maksud secara simbolik. Kisah-kisah yang mampu membawa pembaca menghayati setiap pengajaran yang ingin disampaikan. Kisah yang sarat dengan pengembaraan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diselitkan dengan cinta dan tragedi, pembangunan diri dan mencari ilmu-ilmu baru.  

Perang Anjing Suruhan

Image
Perang Anjing Suruhan sebuah buku terjemahan terbitan IBDE yang diterjemahkan oleh Syed Omar Husain. Buku ini hasil karya Noel Barber The War of Running Dogs sebuah buku yang menceritakan tentang Darurat di Malaya pada tahun 1948-1960. Sebuah buku yang sangat menarik. Buku yang menceritakan tentang Darurat bermula sehingga Darurat berakhir. Buku ini di olah dari penulis lebih berbentuk kepada penceritaan yang memudahkan pembaca untuk memahami setiap peristiwa yang berlaku. Buku ini diceritakan secara kronologi yang dapat memberi kefahaman pembaca kepada setiap peristiwa yang berlaku. Buku ini menceritakan tentang peranan yang dimainkan oleh kerajaan British yang pada awalnya mengambil sikap sambil lewa terhadap pemberontakan oleh pihak Komunis. Buku ini juga menceritakan peranan-peranan besar tokoh yang terlibat dalam peristiwa Darurat, strategi-strategi yang dilancarkan untuk mengatasi Komunis, peranan yang dimainkan oleh unit risikan yang membawa kepada perubahan arus perang. Buku in...

Budaya Lisan Melayu: Konsep Dan Amalan

Image
Sebuah buku yang membincangkan tentang kesusasteraan lisan Melayu yang pernah mendapat banyak kritikan dari orientalis barat kerana dianggap tidak melepasi piawaian kesusasteraan moden. Sebuah perbincangan yang menarik yang diulaskan oleh penulis di dalam memberi pandangan tentang kesusasteran Melayu tradisional. Kesusasteraan Melayu tradisional perlu di lihat dari kaca mata masyarakat itu sendiri dan bukannya dilihat dari sudut pandangan orientalis barat. Kesusateraan Melayu tradisional perlu difahami secara mendalam dan diluar konteks kesusasteraan moden. Kesusasteraan Melayu tradisional memiliki ciri-ciri yang agak berbeza dari kesusasteraan moden dan ia perlu diperhalusi secara menyeluruh.

Konsep Wira dalam Masyakat Melayu

Image
  Sebuah buku yang mengkaji tentang konsep wira dalam masyarakat Melayu yang dipamerkan oleh golongan pemerintah, golongan bangsawan dan golongan elit masyarakat Melayu. Istilah wira dalam buku ini boleh difahami sebagai pemimpin. Buku ini adalah merupakan sebuah kajian untuk memahami corak kepimpinan dan cara hidup masyarakat Melayu secara mendalam yang memberi fokus kepada golongan elit atau bangsawan. Persoalan yang dibawa oleh buku ini tertumpu kepada nilai dan idealisme Melayu, kesedaran dan jati diri dan budaya masyarakat. Buku ini menerangkan tentang kuasa raja dan golongan elit yang membentuk sistem sosial masyarakat dan mencorak nilai dan idealisme masyarakat Melayu. Buku ini sarat dengan kritikan terhadap golongan-golongan elit dari zaman feudal sehingga zaman buku ini ditulis. Kritikan-kritikan yang diberikan menjurus kepada gaya hidup golongan pemimpin dan bangsawan (elit) dalam menerapkan nilai dan ideal yang akan membentuk sistem sosial masyarakat dengan idea-ideal se...