Salahuddin Al-Ayubi
Sebuah buku yang menceritakan tentang salah seorang tokoh agung di dalam sejarah Islam semasa perang salib. Nama sebenar beliau ialah Yusuf ibn Ayub. Salahuddin (Salah Al-Din) adalah nama yang diberikan oleh pengikut beliau yang membawa maksud “Kebaikan Agama”. Salahuddin adalah merupakan tokoh pemimpin yang unggul dan dihormati oleh kawan dan lawan. Beliau merupakan pahlawan dunia Islam semasa zamannya.
Buku ini adalah sebuah buku yang membincangkan dan memberi penerangan tentang riwayat hidup Salahuddin Al-Ayubi. Seperti yang sedia maklum, Salahuddin adalah merupakan pemimpin Dunia Islam yang telah merampas kembali Jerusalem dari tangan tentera Kristian semasa perang salib yang ke-2.
Secara ringkasnya buku ini membincangkan tentang umat islam sebelum perang salib, semasa perang salib 1,2 & 3 dan peranan yang dimainkan oleh Salahuddin Al-Ayubi di dalam menyatukan tentera Islam untuk merampas kembali Jerusalem dari tangan tentera Kristian.
Bahagian yang paling besar yang ingin disampaikan dari buku ini adalah tentang kepimpinan yang ditunjukan oleh Salahuddin Al-Ayubi, kemurahan hati beliau dan sikap toleransi yang beliau tunjukan kepada kawan dan juga lawan. Kepimpinan Salahuddin dapat dilihat dari tindakan dan tingkahlaku yang beliau tunjukan.
Salahuddin dilihat sebagai pemimpin yang dijadikan tauladan kepada pengikut-pengikut beliau. Salahuddin boleh dianggap wira dan penyatu umat islam yang dikagumi oleh kawan dan musuh serta nama Salahuddin Al-Ayubi disebut hingga ke hari ini. Aspek paling
hebat
dalam kepimpinan Salahuddin yang boleh dijadikan tauladan adalah kelembutan yang beliau gunakan terhadap musuh. Beliau seorang yang berpengang pada janji, melayan tahanan dengan baik, sedia untuk berbincang dan berunding dengan pihak musuh. Beliau adalah seorang yang mengambil berat terhadap pengikutnya sebelum diri beliau sendiri, sehingga beliau tidak mempunyai harta milik beliau di saat kematian beliau. Salahuddin mempunyai visi dan misi yang jelas iaitu menyatukan umat Islam dan merampas kembali Jerusalem dari tangan tentera Kristian. Dengan visi dan misi ini beliau Berjaya menyatukan umat Islam untuk berjuang Bersama-sama beliau.
Salahuddin Al-Ayubi merupakan seorang pemimpin yang Kental, tidak pernah berputus asa dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Beliau seorang pemimpin yang mengabdikan diri sepenuhnya terhadap perjuangan dan mempunyai komitmen yang tinggi di dalam pejuangan. Beliau rela mempertaruhkan nyawanya dan hampir mati ditimpa penyakit. Salahuddin Al-ayubi adalah seorang pemimpin yang mampu mengerakkan rakyat untuk bejuang Bersama-sama beliau.
Walaupun Salahuddin tidak menang sepenuhnya ketika perang salib, tetapi peranan kepimpinan yang dimainkan oleh beliau menjadi faktor penggerak kepada penyatuan umat islam.

Comments
Post a Comment