Konsep Wira dalam Masyakat Melayu

 

Sebuah buku yang mengkaji tentang konsep wira dalam masyarakat Melayu yang dipamerkan oleh golongan pemerintah, golongan bangsawan dan golongan elit masyarakat Melayu. Istilah wira dalam buku ini boleh difahami sebagai pemimpin. Buku ini adalah merupakan sebuah kajian untuk memahami corak kepimpinan dan cara hidup masyarakat Melayu secara mendalam yang memberi fokus kepada golongan elit atau bangsawan. Persoalan yang dibawa oleh buku ini tertumpu kepada nilai dan idealisme Melayu, kesedaran dan jati diri dan budaya masyarakat. Buku ini menerangkan tentang kuasa raja dan golongan elit yang membentuk sistem sosial masyarakat dan mencorak nilai dan idealisme masyarakat Melayu. Buku ini sarat dengan kritikan terhadap golongan-golongan elit dari zaman feudal sehingga zaman buku ini ditulis. Kritikan-kritikan yang diberikan menjurus kepada gaya hidup golongan pemimpin dan bangsawan (elit) dalam menerapkan nilai dan ideal yang akan membentuk sistem sosial masyarakat dengan idea-ideal sesat yang menyekat pembangunan. Buku ini juga mengkritik corak kepimpinan yang mengeksploitasi golongan bawahan. Buku ini boleh dikatakan masih relevan pembacaannya pada masa kini kerana terdapat pemimpin-pemimpin masih lagi menggunakan idealisme yang dahulu dalam membentuk corak kepimpinan masa kini. Kritikan-kritikan pedas yang ditujukan kepada pemimpin dan golongan elit boleh membuka mata kita sebagai pembaca terhadap kelemahan-kelemahan corak kepimpinan yang berlaku pada zaman dahulu yang membawa ke hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tiga Cerita Falsafah

Ahli Politik

Tao Te Ching