Perang Anjing Suruhan


Perang Anjing Suruhan sebuah buku terjemahan terbitan IBDE yang diterjemahkan oleh Syed Omar Husain. Buku ini hasil karya Noel Barber The War of Running Dogs sebuah buku yang menceritakan tentang Darurat di Malaya pada tahun 1948-1960.
Sebuah buku yang sangat menarik. Buku yang menceritakan tentang Darurat bermula sehingga Darurat berakhir. Buku ini di olah dari penulis lebih berbentuk kepada penceritaan yang memudahkan pembaca untuk memahami setiap peristiwa yang berlaku. Buku ini diceritakan secara kronologi yang dapat memberi kefahaman pembaca kepada setiap peristiwa yang berlaku.
Buku ini menceritakan tentang peranan yang dimainkan oleh kerajaan British yang pada awalnya mengambil sikap sambil lewa terhadap pemberontakan oleh pihak Komunis. Buku ini juga menceritakan peranan-peranan besar tokoh yang terlibat dalam peristiwa Darurat, strategi-strategi yang dilancarkan untuk mengatasi Komunis, peranan yang dimainkan oleh unit risikan yang membawa kepada perubahan arus perang.

Buku ini adalah sebuah buku yang perlu dibaca oleh masyarakat pada hari ini untuk mengenang kembali satu peristiwa hitam yang pernah berlaku di negara kita yang tercatit di dalam sejarah sebagai satu detik hitam yang tidak akan kita lupakan. Banyak maklumat-maklumat yang mungkin diluar pengetahuan sedia ada kita diceritakan di dalam buku ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Tiga Cerita Falsafah

Ahli Politik

Tao Te Ching